SELAMAT DATANG

SENYUM SOKMO!
Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.

Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.

Saturday, 5 January 2013

menderma....sambil membaca...

ASSALAMUALAIKUM...

2013 sudah kunjung tiba

IZINKAN AKU MENYINTAIMU (edited version-213 ms) + MEMBELAH AWAN DALAM BENTUK EBOOK HANYA BERHARGA RM 7.00 SAHAJA!

SEPERTI YG KITA SEDIA MAKLUM, SAHABAT KITA DI GAZA MEMERLUKAN BANTUAN, OLEH ITU, SETIAP RM1.00 DARIPADA PEMBELIAN EBOOK ANDA AKAN SY TRANSFERKAN KE AKAUN AMAN PALESTIN...

MARILAH KITA MEMBACA SAMBIL MENDERMA SECARA IKHLAS DAN KERANA ALLAH S.W.T...

HUBUNGI SY DI leaeaze@gmail.com...

SELAMAT MEMBACA!

Saturday, 22 December 2012

izinkan aku menyintaimu bab 7-9 edited version

BAB 7
Entah hantu apa yang merasuk Syahmi, setelah kata-kata berani yang keluar daripada mulut Nurin tadi, dia terus beredar ke halaman rumah dan terus menuju ke kereta MyVi jingga milik gadis itu. Terfikir juga Nurin bagaimana lelaki itu boleh mempunyai kunci kereta miliknya, namun dia cepat-cepat teringatkan peristiwa yang dia jatuh pengsan pada malam semalam.
Nurin hanya memerhati daripada pintu lungsur, dan lebih tepat di sebalik langsir yang menutupi seluruh pintu lungsur itu. Dapat dilihatnya Syahmi bersusah payah menolak keretanya ke hadapan dan ke belakang seorang diri memandangkan keretanya masih tidak dapat dihidupkan walaupun sebelum Nurin melihat Syahmi menolak keretanya, kelihatan lelaki itu sibuk membelek bahagian bonet keretanya. Berkali-kali dia melihat Syahmi cuba untuk menghidupkan kereta comelnya itu namun kereta tersebut masih enggan hidup. Akhirnya, dengan wajah yang seakan pasrah, Nurin melihat Syahmi menolak keretanya. Timbul rasa kasihan pada diri Nurin, namun cuba ditahannya demi menjaga maruah lelaki itu di kawasan perumahan tersebut. Jika dia keluar, lagi tidak manis pada pandangan orang ramai.
Sementara itu, Syahmi masih terkial-kial menolak kereta MyVi milik Nurin itu untuk diparkirkan di bahagian bawah garaj rumahnya. Kasihan pula pada Satria Neonya yang sudah berembun semalaman. Lagi pula, garaj di rumah sewanya itu memang muat untuk dua biji kereta. Syahmi mengelap peluh yang merintik jatuh ke dahinya menggunakan hujung lengan bajunya. Dia berhenti seketika untuk melepaskan lelah. Secara tiba-tiba, matanya berlaih kepada sesusuk figura yang berdiri di sebalik langsir pintu lungsur rumahnya itu. Terkedu dia buat seketika, lantas ditundukkan wajahnya ke lantai di garaj itu.
“Siapa sebenarnya dia ni? Kenapa aku rasa berdebar-debar ni?”
Soal Syahmi kepada dirinya perlahan-lahan. Kepalanya digeleng berulang kali, memohon agar rasa itu pergi, namun hatinya semakin rasa berdebar-debar. Tanpa mempedulikan perasaan itu, Syahmi kembali menolak kereta milik Nurin ke arah garaj. Dia mahu kerjanya siap agar dia boleh berehat selepas itu. Dia tidak mahu lagi memikirkan soal Nurin, gadis misteri itu.

Setelah berhempas pulas hampir 15 minit, akhirnya kereta milik Nurin itu terparkir elok di bawah garaj rumah teres dua tingkat tersebut. Dengan peluh yang semakin membasahi tubuhnya, Syahmi cepat-cepat menghidupkan enjin keretanya dan memakirkan keretanya di sisi kereta MyVi tersebut. Setelah itu, dia mengunci pintu pagar rumahnya. Dalam tidak sengaja, dia terpandangkan nombor plat kereta milik Nurin itu.
“ WUA 3390...Eh, kereta aku WST 9033. Macam hampir sama pulak plat number ni.”
Getus Syahmi sendirian. Sementara itu, Nurin yang masih memerhatikan gerak geri Syahmi, terus beralih tempat ke dapur apabila terpandangkan langkahan Syahmi yang menghala ke arah rumah tersebut. Syahmi pula, sebelum masuk ke dalam rumah, dia sempat mengambil beg baju milik Nurin yang berada di kerusi penumpang bahagian belakang MyVi jingga tersebut. Diseretnya beg itu ke dalam setelah memastikan kedua-dua kereta tersebut telah dikunci. Pintu pagar turut dikunci. Syahmi kemudian mengunci pintu utama dan pintu lungsur rumahanya. Dia memandang ke seluruh bahagian ruang tamu itu, namun tiada susuk tubuh kecil itu di situ. Dia kemudiannya beralih ke bahagian dapur dan ternyata gadis itu berada di situ. Dan yang lebih mengejutkannya, gadis itu sedang memotong sosej, ayam dan sayur-sayuran di sinki.
“Amboi ini betul-betul dah buat macam rumah dia ni!” Komen Syahmi di dalam hatinya.
“Nah, ni beg awak, pergi salin baju dulu, dah gaya macam orang baru habis pantang je awak dengan baju yang besar gedabak tu.”
Ujar Syahmi lembut sambil menghulurkan beg sederhana besar itu kepada Nurin. Nurin yang masih mencuci ayam yang sudah dipotong, cepat-cepat membersihkan tangganya dan terus menuju ke arah bilik yang sudah dijadikan biliknya secara tidak rasmi itu.

Nurin kembali ke dapur setelah menukar bajunya. Pakaian yang tersarung di tubuh kecilnya saat ini amat menyelesakannya, trackbottom, pinky long sleeve dan tentunya tudung daripada kain jeans masih tersarung di kepalanya sejak semalam. Tersenyum dia apabila melihat sesusuk tubuh sedang memotong bawang besar, merah dan putih dengan cekap di atas meja itu.
“Ada gaya suami mithali dia ni.”
Ujar Nurin perlahan dan dia terus melangkah ke arah ayam, sayur dan sosej yang ditinggalkan sebentar tadi. Dengan pantas, dia menyambung kembali kerjanya yang terbengkalai tadi. Nurin tersenyum sendirian, namun dia tidak sedar yang Syahmi meliriknya dalam diam! Dia juga tidak sedar bila lelaki itu naik ke atas dan menukar bajunya kerana terlalu asyik dengan kerjanya.
“Ehem...Can i ask you something?’
Tanya Syahmi pendek, cuba untuk memulakan perbualan dengan gadis misteri yang tiba-tiba muncul di hadapan rumahnya itu. Nurin yang sedang menyediakan bahan untuk membuat sup ayam, terus berpaling ke arah suara itu. Dilihatnya Syahmi sudah bertukar pakaian, kerana dia yakin dan pasti sebentar tadi lelaki itu memakai seluar trek bewarna kelabu dan baju bewarna hitam. Kini, lelaki itu lebih santai dengan hanya memakai kain pelikat dan baju bewarna putih. Sekali pandang, macam orang kampung pun ya. Perasaan Nurin semakin berbunga-bunga apabila Syahmi bertanya dalam keadaan suara yang tidak tinggi. Lantas dia mengangguk menandakan dia memberi keizinan untuk Syahmi bertanyakan soalan kepadanya.
“Hurm...Maaf ya, aku bukan berniat nak halau kau, tapi tak elok...hurm...kau faham kan maksud aku?”
Syahmi teragak-agak untuk meneruskan pertanyaannya. Nurin yang masih ligat mengacau sup yang baru sahaja dimasukkan ke dalam periuk itu, hanya mengangguk.
“Jadi, bila kau nak balik rumah kau?”
Tanya Syahmi lagi, akli ini lebih lancar. Nurin lantas berpaling ke arah lelaki itu seraya menjawab.
“Saya tak mahu balik. Saya nak tinggal kat sini. Kan saya dah cakap tadi saya nak kahwin dengan awak. Awak lupa ke?”
Syahmi sekali lagi tergamam dengan jawapan itu. Sungguh, dia tidak menyangka gadis yang lagak seperti lemah lembut ini payah untuk mengubah pendiriannya.
“Bala betul la perempuan ni.” Getus Syahmi di dalam hati, namun dia sedaya upaya untuk bereaksi dengan tenang. Di dalam fikirannya, sudah terencana sebuah idea yang paling sesuai untuk menangani situasi apabila berhadapan dengan perempuan tersebut.
“Macam ni lah, kalau awak betul-betul nak kahwin dengan saya, awak bawa saya jumpa family  awak esok boleh? Malam ni saya benarkan awak tidur di sini.”
Syahmi memujuk lembut, lebih kepada agenda untuk menyelamatkan dirinya sendiri sebenarnya. Dan tanpa Syahmi sangka, laju Nurin mengangguk apabila mendengar kata-katanya itu. “Senang kerja aku!” Sempat Syahmi berbisik gembira di dalam hati.
Seketika kemudian, Nurin kembali memasak, manakala Syahmi pula ligat membuat air. Hasilnya, tidak sampai setengah jam kemudian, mereka sama-sama menjamu selera dengan penuh bersemangat. Maklumlah, kedua-duanya memang ternyata kebuluran.
Sedang enak menjamu selera, tiba-tiba Nurin bersuara.
“Tadi petang saya masak nasi goreng. Saya guna beras dengan ayam awak.”
Syahmi tersedak apabila mendengarkan kata-kata Nurin yang begitu bersahaja itu. Cepat-cepat Nurin menghulurkan segelas air kepada Syahmi dan diteguk rakus oleh lelaki itu.
“Kau ni macam rumah sendiri pulak kau buat rumah aku ni ya.”
Perli Syahmi setelah keperitan tersedak tadi semakin lega. Nurin hanya tersengih dan menjawab,
“Not now, but so soon.”
Syahmi terkedu, makin parah perempuan di hadapannya ini mengharapkannya. Tidak mahu gadis itu semakin menaruh harapan tinggi padanya, Syahmi terus membalas,
“Kalau macam ni gaya nak jadi isteri, baik tak payah.”
Nurin mengangkat keningnya, pelik dengan kata-kata Syahmi sebentar tadi.
“Kenapa pulak?” Soal Nurin sambil terus menjamu selera.
“Ada ke bini orang lain yang menyakitkan hati suami dia? Ada ke bini orang lain suka bercakap tiba-tiba masa tengah makan? Bini orang lain bersopan-santun, bukan macam kau ni. Main masuk je. Tak ada toma’ninah langsung kau tahu tak!”
Ujar Syahmi panjang lebar supaya gadis di hadapannya itu faham bahawa tugas dan tanggungjawab seorang isteri tidak mudah, bukan boleh dibuat main. Ini tidak, sudahlah tidak kenal asal-usul, tup-tup ajak lelaki kahwin. Tidak pernah dibuat orang.
Nurin hanya mengangguk tanda dia faham. Syahmi yang masih tidak puas hati melihat anggukan itu bertanya buat kesekian kalinya,
“Kau angguk-angguk ni, apa yang kau faham?”
“Saya faham akan tanggungjawab seorang isteri dan suami. Suami dan isteri perlu melengkapi antara satu sama lain. Dan saya yakin, awak boleh bimbing saya, dan saya boleh melengkapi awak. Saya minta maaf andai saya terkasar bahasa sepanjang semalam dan hari ini.”
Tutur Nurin lembut. Syahmi terkedu lagi. “Masya ALLAH, who is she actually?” bisiknya di dalam hati buat kesekian kalinya.

BAB 8
Seperti yang dijanjikan, Syahmi mengikut Nurin pulang ke rumah keluarga Nurin dalam keadaan terpaksa. Gerun pula apabila memikirkan cadangannya semalam. Dia berkira-kira untuk mungkir janji pagi tadi, tetapi lain pula jadinya. Puas juga dipujuk agar Nurin membawa sekali semua bajunya bersama, namun gadis itu tetap berdegil tidak mahu membawanya. Akhirnya, Syahmi terpaksa mengikut kerenah gadis itu. Hasilnya, kereta dan pakaian milik gadis itu, masih tersimpan kemas di rumah sewa bujangnya.
Syahmi masih tenang memandu keretanya. Terpaksa membawa Nurin bersama menaiki keretanya memandangkan kereta gadis itu masih belum dibaiki dan tersadai di hadapan rumahnya. Rancangannya, setelah dia menghantar gadis itu pulang ke pangkuan keluarganya, dia akan menghantar kereta gadis tersebut ke bengkel dan seterusnya meminta pekerja bengkel tersebut menghantar pulang kereta tersebut kepada pemiliknya. Itulah rancangan yang sedang bermain di benaknya sekarang. Sempat dikerling sekilas ke arah Nurin yang sedang melayan perasaannya ditemani dengan lagu Inggeris lama yang terpasang di radio keretanya.
Hiding from the rain and snow
Trying to forget but I won't let go
Looking at a crowded street
Listening to my own heart beat

So many people all around the world
Tell me where do I find someone like you girl

Take me to your heart take me to your soul
Give me your hand before I'm old
Show me what love is - haven't got a clue
Show me that wonders can be true

They say nothing lasts forever
We're only here today
Love is now or never
Bring me far away

Give me your hand and hold me
Show me what love is - be my guiding star
It's easy take me to your heart

Standing on a mountain high
Looking at the moon through a clear blue sky
I should go and see some friends
But they don't really comprehend

Don't need too much talking without saying anything
All I need is someone who makes me wanna sing

Tanpa Syahmi tidak sedar, Nurin memandangnya penuh dengan harapan seiring dengan lagu tersebut. “Please take me to your heart!” Jerit Nurin kuat, namun jeritan itu hanya bergema di dalam hatinya sahaja. Tidak terluah dalam kata-kata sebenar.
Bagaikan terasa satu aura, Syahmi turut memandang ke arah gadis di sisinya. Mereka saling bersabung pandang, terasa debar yang semakin memuncak di dalam dada masing-masing.
“Erm, jauh lagi ke rumah kau ni?”
Tanya Syahmi sekadar untuk menyembunyikan perasaannya. Keretanya dipandu laju menuju ke arah Taman Melawati. Terkejut juga dia pada permulaannya apabila diberitahu destinasi yang akan dituju oleh mereka. Setahunya, Taman Melawati merupakan kawasan perumahan elit. Kalau dikira, jarak perjalanan daripada rumah sewanya di Pandan Indah, Ampang itu ke taman Melawati itu jika melalui Jalan Lingkaran Tengah 2 tidaklah terlalu jauh, kira-kira 30 minit sahaja setelah dicampur dengan aspek kesesakan jalan raya yang wajib berlaku di kotaraya ini. Namun dirasakan keretanya bergerak amat lambat pada ketika itu. Entah kenapa, Syahmi merasakan debaran yang amat kuat untuk bertemu keluarga Nurin.
“Awak belok kanan, rumah saya yang kedua daripada hujung.”
Ujar Nurin sambil menunjukkan jalan kepada Syahmi. Tidak sampai dua minit kemudian, mereka tiba di sebuah banglo mewah yang lengkap dengan taman bertemakan hutan rimba. Syahmi mematikan enjin keretanya. Nurin mendahului langkah menuju ke dalam perkarangan banglo mewah itu. Syahmi yang pada mulanya ragu-ragu, tidak ingin keluar, namun setelah diyakinkan oleh Nurin, dia kemudiannya turut melangkah masuk ke arah banglo mewah tersebut.
“Rumah siapa yang kau bawak aku ni?”
Tanya Syahmi keras sambil matanya meliar ke sekeliling banglo mewah tersebut. Amat sukar untuk dipercayai kata-kata Nurin sebentar tadi. Tidak mungkin ini rumah milik keluarga Nurin. Nurin, gadis misteri yang dikenalinya itu kelihatan naif, lagak seperti orang kampung sepertinya, yang hanya memandu MyVi bewarna jingga, suka menaikkan darah dan pandai memasak! Satu fakta yang tidak dapat Syahmi nafikan.
“Rumah family saya, awak. Marilah masuk.”
Ujar Nurin, namun sedikit hambar.Sempat dikerling jam di tangan. Jarum jam baru menunjukkan pukul 8.15 malam. “Mungkin ibu dan abah masih belum keluar ni. Kereta ada ni,” Bisik Nurin di dalam hati sambil melangkahkan kakinya ke dalam banglo tersebut. Syahmi bagai terpukau dengan keindahan perkarangan banglo tersebut, ditambah lagi dengan deretan empat buah kereta mewah yang sememangnya langsung tidak menghubungkan ikatan antara apa yang dilihat sekarang dengan gadis yang berada di hadapannya.
“Assalamualaikum,”
Ujar Nurin perlahan. Syahmi turut memberi salam, namun Cuma di dalam hati. Matanya terpaku kepada hiasan di dalam banglo mewah tersebut. Sangat mewah! Syahmi cukup kagum dengan panorama indah di hadapannya sekarang. Dalam pada hatinya tidak sudah-sudah melahirkan rasa kagum terhadap ciri rekaan dalaman dan luaran banglo me3wah tersebut, tiba-tiba,
“Baru reti nak balik rumah? Pejabat tak pergi hari ni, semalam lari entah ke mana, tup-tup malam ni tiba-tiba muncul dengan jantan! Apa nak jadi dengan kau ni hah Nurin!”
Jerkah satu suara wanita daripada ruang tamu banglo mewah tersebut. Syahmi terkejut, lebih terkejut apabila Nurin tiba-tiba sahaja memegang erat tangannya.
“Dah buat salah tapi masih tak malu nak tunjuk depan mak ayah! Apa nak jadi dengan kau ni Nurin?”
Jerkah wanita itu lagi. Syahmi melihat wajah Nurin sudah mula berubah. Namun, gadis itu sedikitpun tidak melawan balik kata-kata wanita di hadapannya itu. Dengan perlahan, Nurin melepaskan pegangannya yang erat pada lengan lelaki itu dan terus bergerak perlahan ke arah wanita yang jelas pada pandangan Syahmi, sangat tidak mesra dengan Nurin. Dua wanita berbeza di hadapannya, seorang gadis muda yang bertudung, dan seorang wanita yang usianya mungkin mencecah 50 tahun dengan rambut mengerbang dan diwarnakan perang.
“Ibu.”
Sungguh Syahmi terkejut tatkala Nurin memanggil wanita berambut perang itu “IBU”. Dua figura yang cukup berbeza. Dilihatnya Nurin cuba untuk bersalaman, tetapi ditepis oleh wanita yang dipanggil “IBU” oleh gadis itu sebentar tadi. Syahmi tergamam.
“Kan aku dah cakap hari tu, kau bukan anak aku lah! Jangan memandai nak panggil aku ibu bagai.”
Tersentak Syahmi apabila Nurin ditengking sedemikian. Dia semakin tidak faham dengan apa yang berlaku di hadapannya sehinggalah sesusuk wajah lelaki tua turun daripada tingkat atas.
“Nurin.”
Panggil lelaki tua itu lagi. Nurin pantas menoleh dengan juraian air matanya.
“Abah, Nurin nak minta izin abah.”
Jawabnya sambil berjalan perlahan ke arah lelaki itu. Tangan dihulur, lelaki tua itu menyambutnya dan Nurin tunduk mencium tangan lelaki itu. Namun, bagi pandangan mata Syahmi, lelaki tua yang dipanggil “ABAH” oleh Nurin itu bagai melemparkan satu senyuman yang palsu.
“Kau nak minta izin apa?”
Tanya lelaki tua itu lagi. Sempat dikerling sekilas kepada sesusuk tubuh lelaki di ambang pintu. Mata tuanya menangkap figura tersebut. Syahmi turut bersabung pandang dengan lelaki tua itu. Syahmi mengamati lama, cuba mengingati kerana sesusuk tubuh lelaki tua yang menjamah pandangannya itu bagai dikenali.
“Ya ALLAH, ini Dato’ Malik, antara pemegang syer dalam Berjaya Group!” Desis hati Syahmi. Sungguh dia tidak menyangka bahawa Nurin mempunyai kaitan yang sangat rapat, namun kurang mesra dengan orang yang sedang bekerjasama dengan syarikatnya. Syahmi makin gemuruh, namun dia pasti yang Dato’ Malik tidak mengenalinya kerana tidak pernah sekalipun dia berurusan secara terus dengan usahawan tersebut.
“Nurin nak kahwin, abah,”
Terang Nurin tenang. Dato’ Malik turut tenang, begitu juga dengan Datin Salina. Syahmi makin tidak faham dengan situasi yang berlaku.
“Kau nak kahwin dengan siapa?”
Tanya Dato’ Malik lagi sambil menuruni tangga.
Nurin tidak menjawab tetapi hanya menuding ke arah Syahmi. Syahmi terkedu, nampaknya rancangan yang sdauh diatur cantik, tidak menjadi sama sekali. Rasa menyesal menyelubungi dirinya kerana pada mulanya, dialah yang mencadangkan agar Nurin membawa dia berjupma ahli keluarganya. Sungguh tidak dia menyangka, lain yang dirancang, lain pula yang menjadi. Tambahan lagi, gambaran keluarga Nurin yang digambarkan pada malam semalam sangat berbeza sama sekali!
Over here young boy!”
Panggil Dato’ Malik tenang. Syahmi menurut sahaja dan melabuhkan punggungnya di atas sofa mewah tersebut. Inilah kali pertama dia merasa duduk di kerusi empuk.
“How long have you been with her?”
Tanya Dato’ Malik tegas sambil memandang ke arah Nurin yang duduk di sofa di sebelahnya.
“Err...saya baru kenal dengan Nurin, Dato,”
Jawab Syahmi teragak-agak. Mana mungkin dia akan menceritakan apa yang berlaku sebenarnya dalam keadaan sekarang.
“ Just get them married, honey. Bolehlah si Nurin ni tak menyemak dalam rumah ni. Menghabiskan duit mak bapak je!”
Sampuk Datin Salina sambil mengilapkan kukunya.
May I know your name? Age? Academic level? Workplace? Your position? Your very own family?”
Tanya Dato’ Malik panjang. Walaupun hubungannya dengan Nurin tidak rapat setelah dia kematian isterinya yang pertama, namun sedikit sebanyak dia turut ingin yang terbaik buat anak gadisnya itu.
“Saya Mohd Syahmi bin Abdullah, 28 tahun, berasal dari Temerloh, Pahang. Dulu saya belajar di USM, Major dalam Pengurusan Perniagaan. Sekarang saya bekerja di Mewah Mega Holding sebagai Pegawai Pemasaran.”
Terang Syahmi jujur. Entah kenapa, lancar sahaja mulutnya untuk berterus-terang walhal dia tidak rela dan mati-mati hatinya membangkang.
“So, you are working with Datuk Rashid is it?”
Tanya Dato’ Malik lagi. Syahmi hanya mengangguk. Namun dalam hati dia masih sempat memerli Dato’ Malik yang sungguh tidak sayang akan bahasa kebangsaannya.
Nurin yang berada di sebelahnya direnung seketika. Gadis itu cuma berdiam diri, sangat berbeza perwatakannya ketika berada di sini dan di rumah sewanya. Air teh yang masih berasap di hadapannya juga dibiar begitu sahaja setelah dihidangkan oleh pembantu rumah itu tadi.
Usai Mak Yam menghidangkan air tadi, sempat Nurin bersalaman dan berpelukan dengan pembantu rumah itu. Jelas Syahmi dapat melihat deraian air mata yang mengalir jatuh membasahi kedua-dua pipi insan tersebut. Mereka pastinya agak rapat pada perkiraan awal Syahmi.
“Baiklah Nurin, kau boleh kahwin. Tetapi ada syaratnya.”
Tersentak Syahmi mendengar kata-kata Dato’ Malik. Semudah itu? Dikerling tajam ke arah Nurin di sebelahnya yang kembali bersuara.
“ Apa dia abah?”
“Kamu berdua kahwin hujung bulan ni. Just simple wedding. Is it ok for you? Abah akan walikan kau tetapi abah tak mahu perkara ni heboh kepada pihak media. Perkara nikah kahwin ni bukan untuk tontonan umum
Cadang Dato’ Malik. Nurin hanya mengangguk. Dia tahu abahnya sengaja tidak mahu mewar-warkan pernikahannya memandangkan Syahmi hanya orang biasa! Jika tidak, pasti abahnya mahu menunjuk-nunjuk jika dia berkahwin dengan mana-mana anak VVIP yang lain.
“And one more thing, you dont have to come to the office after this.”
Nurin terkedu apabila mendengarkan ayat yang baharu sahaja keluar daripada mulut abahnya itu. Namun, sedaya upaya disorokkan kesedihan itu. Dia hanya mengangguk dan memandang ke arah Syahmi yang jelas terpinga-pinga memandangnya.

BAB 9
Syahmi pulang ke rumah sewanya bersendirian setelah dia berjaya memujuk Nurin agar tinggal di rumah keluarganya sementara menantikan tibanya hari pernikahan mereka. Rungsing sungguh Syahmi saat ini. Tidak disangka keluarga Nurin setuju tanpa bantahan akan cadangan bodoh dan ekspres Nurin itu, dan dia, terperangkap dalam permainan tersebut. Sesekali Syahmi menyumpah di dalam hati. Sesampainya Syahmi di rumah, dia menendang kereta milik Nurin itu sekuat hatinya dan kemudian dia terus naik ke biliknya. Usai menunaikan solat Isyak, dia terus tidur, tanpa mahu memikirkan apa-apa masalah lagi.

Jam sudah menunjukkan pukul 7.00 pagi apabila Syahmi terjaga daripada lenanya. Terkocoh-kocoh dia menunaikan solat subuhnya. Nasib baik hari ini merupakan hari Sabtu, jadi tidak perlulah Syahmi kelam kabut untuk bersiap ke tempat kerjanya. Tenang fikirannya setelah selesai menunaikan solat subuhnya. Hari ini, dia cuma ingin tidur sepuasnya dan bangun pada tengah hari. Dia ingin melupakan segala masalahnya, tidak kira masalah di pejabat mahupun masalah yang baru sahaja ditimbulkan oleh gadis yang bernama Nurin yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya dua hari yang lepas. Sungguh dia tidak menyangka yang gadis itu begitu nekad untuk menikahinya. Teringat dia kepada reaksi Nurin yang ditinggalkan semalam. Beria-ria gadis itu mengalirkan air mata meminta simpatinya untuk mengikut dia pulang ke rumah sewanya. Bersungguh-sungguh juga dia menerangkan kepada Nurin bahawa tidak elok mereka berdua-duaan di dalam satu rumah. Tambahan pula dia tinggal berseorangan di rumah sewa, serta dikelilingi oleh satu komuniti masyarakat yang berbilang kaum. Amat tidak elok jika Nurin terus-terusan berada di rumah itu.
Setelah hampir sejam dia berada di situ bertemu muka dengan keluarga Nurin yang tampak begitu ekslusif dan acara pujuk memujuknya bersama Nurin, barulah Syahmi berjaya meloloskan dirinya daripada banglo mewah tersebut. Itupun setelah Mak Yam, pembantu rumah kepada keluarga Nurin itu ikut campur dalam memujuk Nurin.
“Nurin, tak elok Nurin ikut Syahmi pergi ke rumahnya. Nanti kena tangkap khlawat, Nurin juga yang malu. Mana nak letak maruah Nurin, maruah abah, ibu, Syahmi ni,”
Syahmi teringat bagaimana Mak Yam cuba untuk memujuk Nurin yang sudah basah dengan juraian air mata semalam. Dipeluknya susuk tua itu seeratnya, namun Nurin tetap bertegas ingin mengikut Syahmi pulang.
“Tak nak Mak Yam. Ini bukan tempat Nurin,”
“Nurin tak sayang Mak Yam ke nak? Berdosa besar Nurin berdua-duaan dekat rumah tu. Ini kan rumah Nurin,”
Pujuk Mak Yam lembut sambil mengusap lembut kepala Nurin yang dilapisi tudung pashmina berwarna coklat itu. Syahmi sudah tidak senang duduk, serasa dia ingin mengangkat kakinya sahaja ketika itu. “Degil sungguh perempuan ni!” Sempat dia berbisik sendirian. Dilihatnya Nurin masih menggeleng, tidak termakan langsung dia dengan pujukan Mak Yam itu.
“Nurin ingat tak tadi abah cakap, hujung bulan ni kamu berdua boleh menikah kan? Nurin kena sabarlah sikit. Hujung bulan tu tak lama. Dua minggu sahaja lagi Nurin. Lagipun nanti kalau ada yang tengok Nurin kat sana, timbul pula fitnah. Tinggal di sini ya, sayang.”
Pujuk Mak Yam lagi. Nurin memandang ke arah Syahmi yang tampak gelisah itu dan berkata penuh berharap,
“Awak, janji tau kita kahwin lagi dua minggu ya. Awak tinggalkan nombor telefon awak ya. Nanti kita bincang pasal majlis tu ya.”
Syahmi cuma mengangguk. Dia sedikit lega saat ini memandangkan Nurin tampak sudah bersetuju untuk tinggal di rumahnya itu untuk sementara waktu. Apa yang akan berlaku selepas ini, dia tidak mahu untuk memikirkannya buat masa sekarang. Apa yang dia tahu, dia cuma ingin pulang dan berehat.
“Saya balik dulu Mak Yam,”
Ujar Syahmi kepada Mak Yam sahaja memandangkan Dato’ Malik dan Datin Salina sudah keluar 15 minit yang lepas. Dilihatnya Mak Yam menganggukkan kepalanya sambil terus memeluk erat gadis kecil di sebelahnya. Namun belum sempat dia melangkah, Nurin memanggilnya,
“Awak, your phone number?”
Pinta gadis itu sedikit menjerit, Syahmi cuba mencari akal agar gadi situ tidak dapat menghubunginya,
i’ll give you a call,”
Terus dia melangkah pergi tanpa mempedulikan panggilan Nurin lagi, tapi yang dia pasti Mak Yam sudah dapat memujuknya. Tatkala dia ingin menghidupkan enjin keretanya, tiba-tiba matanya disinari oleh cahaya daripada kereta yang berhenti di hadapannya. Jelas dapat dilihat ada seorang lelaki dan perempuan sedang enak bercumbuan seketika sebelum perempuan itu melangkah keluar daripada BMW 3 series itu. Sempat perempuan itu melemparkan pandangan kepadanya sambil mengangkat keningnya. Syahmi bagaikan tidak percaya bahawa perempuan yang tanpa segan silu bercumbuan sebentar tadi itu adalah salah seorang penghuni di banglo mewah tersebut. Pakaiannya sangat berbeza dengan pakaian Nurin. Dengan hanya bertube dan berseluar pendek separas peha, perempuan tersebut melenggokkan tubuh menuju ke arah Nurin dan Mak Yam yang masih berada di ambang pintu. Dan saat itu, Syahmi terpana sekali lagi. Makin dia tidak faham dengan situasi dan drama yang sedang berlaku di sekelilingya sekarang ini! Dan yang paling tidak dapat diterima akal fikirannya, Nurin, anak kepada seorang usahawan ternama di Malaysia!
Show how do you it girl
Let rock let move let everybody get crazy
let get this party jumpin’
let get this party jumpin’
Let go now..
Turn the music up this is a DJ
Let’s the party up ..
We go gettin in till it closed down
Nada dering daripada telefon bimbitnya berbunyi nyaring mematikan lamunan Syahmi pada pagi itu, dilirik sekilas kepada nama pemanggil dan jam yang terdapat pada skrin telefon bimbitnya.
“Apa dia nak pagi-pagi ni? Baru pukul 7.15 pagi ni. Arghhh, malaslah aku nak angkat.”
Keluhnya perlahan. Telefon bimbitnya berdering buat kali kedua. Lantas terus dimatikan terus telefon bimbitnya apabila deringan kali kedua itu berhenti. Sungguh dia tidak mahu diganggu hari ini. Dan seketika kemudian, Syahmi sudah kembali melayari mimpi-mimpinya tanpa menyedari ada hati-hati yang sedang berduka cita.

Sementara itu, Nurin masih lagi termenung sendirian di sebalik pintu lungsur di biliknya. Selepas menunaikan solat subuh tadi, dia berasa sedikit tenang. Dia tidak berhajat untuk turun ke tingkat bawah. Dia hanya ingin bersendirian saat itu. Tidurnya langsung tidak lena semalam apabila dia berterusan memikirkan masalah yang sedang dihadapinya. Di tangannya terdapat gambar arwah ibunya, Datin Rosnah yang meninggal dunia lapan tahun yang lepas ekoran daripada barah rahim. Hanya kepada gambar itulah dia menghamburkan segala rasa sejak malam semalam. Bengkak sudah matanya menangisi nasibnya.
Ingin mengadu domba kepada Mak Yam, dia pasti wajah tua itu serba salah kerana dia hanyalah orang gaji di rumah itu. Teringat dia kepada Syahmi, lelaki yang tiba-tiba hadir dalam hidupnya. Bukan dia tidak berasa kasihan kepada lelaki itu tetapi entah kenapa, apabila berada dekat dengan lelaki itu, dia berasa selamat. Sungguh dia berdosa kepada lelaki itu. Pasti lelaki itu amat terkejut apabila dia dengan beraninya mengajak lelaki itu berkahwin. Dan dia juga turut sedar lelaki itu tidak rela untuk menerimanya. Masakan tidak, semalam dia teringat wajah lelaki itu yang gelisah ketika dia beria-ria mahu mengikut lelaki itu pulang ke rumah sewanya. Dia tahu hukum ALLAH, dia tahu mereka tidak sepatutnya berdua-duaan tanpa ikatan dalam sebuah rumah. Dia langsung tidak menidakkan kata-kata nasihat yang keluar daripada bibir tua milik Mak Yam malam semalam. Tetapi, tidak pernah dia merasakan perasaan tenang itu sejak ibu kandungnya meninggal dunia dahulu sehinggalah dia bertemu dengan lelaki itu. Bagai ada air tenang yang mengalir pada ubun-ubunnya apabila dia teringatkan seraut wajah milik lelaki itu.
Dalam tidak sedarnya, dia menyebut nama lelaki itu berulang kali.

Syahmi tiba-tiba sahaja terbangun daripada lenanya apabila dia merasakan ada suara halus yang memanggil namanya. Pantas dia mencapai telefon bimbitnya dan menghidupkannya kembali. Jam sudah menunjukkan pukul 11.00 pagi. Syahmi bingkas bangun sambil meraup tangannya ke muka berulang kali.
Dibeleknya telefon bimbitnya itu. Berulang-kali mesej masuk ke dalam telefon bimbitnya. Lapan mesej kesemuanya. Dibuka satu persatu, daripada lapan mesej tersebut, lima daripadanya merupakan daftar misscall  daripada nombor yang sama. Cuma tiga mesej sahaja yang difikrkannya penting. Yang pertama daripada Fikri, yang diterima pada pukul 10.31 pagi yang berbunyi,
As-salam, ko jangan lupa petang nanti ada game boling dekat MidValley, jangan cakap ko tak jadi nak join pulak. Sampai lubang cacing aku cari ko!
Tergelak kecil Syahmi membaca kiriman SMS itu, Dia beralih kepada mesej kedua daripada Liza, setiausahanya, juga berkisar tentang perlawanan boling tersebut. Dan mesej terakhir daripada adiknya, Iqbal.
Akum abg. Bal nak duit sikit. Nak bayar duit baju korporat persatuan kat U ni.
Selepas membaca kiriman SMS daripada Iqbal, Syahmi terus mendail nombor telefon adiknya itu. Setelah menunggu buat seketika, terdengar suara Iqbal daripada corong di sebelah sana.
“Assalamualaikum abang.”
Ujar Iqbal setelah menjawab panggilan tersebut.
“Pandai pulak kau bagi salam elok-elok. Tadi dalam mesej kau tulis Akum , Akum tu apa? Kau ingat halkum ke apa?”
Marah Syahmi terus tanpa menjawab salam yang diucapkan oleh adiknya itu.
“Hihihi...Alah, Bal nak cepat la abang. Pantas sikit kalau shortform.”
Jelas Iqbal berseloroh, bukan dia tidak tahu abangnya itu cukup pantang jika dia menggunakan singkatan sahaja untuk perkataan suci itu.
“Kalau tak ada maksud buat apa?”
Marah Syahmi lagi. Kedengaran keras di pendengaran Iqbal. Iqbal lantas memohon maaf sebelum abangnya hilang mood  eloknya. Nanti tak pasal-pasal tak dapat pula dia duit untuk membayar harga baju korporat yang mencecah hampir RM 70 itu.
Sorry abang, Bal tak buat dah. Tapi abang pon dua kali lima ngan Bal. Abang tak jawab pun salam Bal tadi.”
Syahmi tersengih sendirian sambil menggarukan kepalanya, tersedar akan kekhilafannya sebentar tadi. Namun, demi egonya terhadap adiknya itu, dia cuba untuk menukar topik perbualan mereka.
“Aku dah jawab dalam hati lah. Kau mana dengar. Ha, nak duit berapa? Kejap lagi abang transfer,”
Iqbal tersengih, itulah abangnya, walau marah macam mana pun, cepat benar dia sejuk.
“Baju tu RM 70 bang, tapi kalau abang nak bagi lebih, lagi Iqbal alu-alukan dan tadah dengan tangan yang lebar. Hehehe.”
“Ok. Nanti abang transfer RM 100. Jimat-jimat sikit, abang pun banyak nak guna duit bulan ni. Kau tunggulah. Okay lah, abang ada banyak kerja lagi nak buat. Assalamualaikum.”
Pesan Syahmi dan dia terus mematikan panggilan tersebut setelah Iqbal membalas salamnya. Syahmi kemudiannya mendial nombor telefon Fikri untuk mengesahkan kehadirannya ke pusat boling tenpin itu pada petang itu. Setelah berbual dengan Fikri, Syahmi kemudiannya beransur ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Dia berhajat untuk ke tempat mencuci kereta sebentar selepas ini.
Belum sempat dia melangkah ke bilik air, telefonnya berdering lagi. Terus dicapainya dan dilihat pada nama yang tertera di skrinnya itu.
“Hish, dia ni lagi. Apa yang dia nak ni? Menyusahkan betullah!”
Syahmi terus melemparkan telefon bimbit Blackberrynya ke atas katil setelah melihat nama pemanggil itu. Dia malas hendak menyambut panggilan itu. Akhirnya panggilan tersebut tidak dipedulikan dan dia terus melangkah ke bilik air yang berada di dalam biliknya itu. Sementara itu, telefon bimbitnya masih berdering buat kesekian kalinya yang menuntut untuk diangkat oleh tuannya yang sudah menghilang ke bilik air.